Pada 27 September 2026, Poliklinik Mediprima telah menyertai program Continuing Medical Eductaion (CME) yang dianjurkan oleh Viatris Sdn. Bhd. khusus untuk para doktor residen. Program ini bertemakan “Acing Disease Management Towards Better Patients’ Outcomes Together”, denagn matlamat memperkukuh pengetahun perubatan, meningkatkan kemahiran klinikal serta menggalakkan perkongsian pengalaman dalam kalangan pengamal perubatan.
Program ini menampilkan tiga orang penceramah jemputan daripada Avisena Specialist Hospital, iaitu:
- Dr. Mohd Tawfeq Mohd Noor – Consultant Physician & Interventional Cardiologist
- Dr. Melven Kok Chee Shing – Consultant Physician, Gastroenterologist & Hepatologist
- Assoc. Prof. Datuk Dr. Ahmad Kusyairi bin Khalid – Consultant ENT, Head & Neck Surgeon
Sepanjang program berlangsung, para doktor berpeluang mengikuti sesi taklimat dan perkongsian ilmu berkaitan pengurusan penyakit jantung dalam kalangan pesakit Diabetes Mellitus (DM), serta pendekatan terkini dalam penjagaan pesakit Allergic Rhinitis. Sesi soal jawab dan perbincangan turut diadakan bagi menggalakkan pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman serta penyelesaian terhadap cabaran dalam amalan klinikal.
Selain itu, program ini turut menampilan penglibatan Neoasia (M) Sdn. Bhd., yang dijemput untuk memperkenalkan pilihan rawatan kulit kepala dan wajah kepada para doktor. Sesi ini memberikan pendedahan tambahan mengenai pendekatan rawatan serta perkembangan dalam bidang penjagaan kulit kepala dan wajah.
Penyertaan Poliklinik Mediprima dalam program CME ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi terhadap pembelajaran sepanjang hayat, pembangunan profesional dan peningkatan pengetahuan dalam bidang perubatan.
Melalui program seumpama ini, Mediprima berharap dapat terus memperkukuh perkongsian ilmu dan kerjasama bersama pakar perubatan serta rakan industri demi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan penjagaan pesakit yang lebih baik.
