5 April 2024 – Poliklinik Mediprima telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk dengan kerjasama pihak pengurusan Mediprima Healthcare, doktor residen dan pembantu klinik bagi menjayakan program ini.
Program ini dilakukan pada setiap tahun pada bulan Ramadan. Program agihan bubur lambuk pada tahun ini dijalankan di cawangan Taman Samudera, Gombak Batu 8 dan Sepang pada 5 April 2024 dan 8 April 2024. Sesi pengagihan bubur lambuk kepada orang awam telah diadakan bermula pada pukul 4 petang.
Ini merupakan inisiatif yang baik dalam membantu komuniti tempatan serta mempromosikan klinik cawangan Poliklinik Mediprima. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi di bulan Ramadan yang akan datang.