Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0

Program Saringan Kesihatan (HSP) adalah sebuah program yang ditawarkan oleh PERKESO yang menawarkan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA kepada pekerja bagi pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan risiko penyakit jantung.

Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 40 hingga 59 tahun
  • Merupakan pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan (mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) caruman terkini dalam tahun semasa)
  • Telah mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan di bawah Skim Keilatan

Cara Memohon:

  • Muat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store untuk:
    1. Semak kelayakan
    2. Tetapkan temu janji saringan kesihatan
    3. Akses keputusan saringan kesihatan
  • Pencarum juga boleh menyemak kelayakan di Portal SEHATi

View Other Health Info

Appointment

Book an Appointment

Scheduling your visit for our Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 service has never been easier. Whether you need a routine check-up, specialized care, or a consultation with one of our experienced doctors, we’re here to help.