Vaksinasi Haji & Umrah

Apakah jenis vaksin yang perlu diambil sebelum menunaikan haji & umrah?

1. Vaksin Meningococcal (Vaksin Wajib)

  • Imunisasi ini diwajibkan untuk semua bakal jemaah Haji seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Arab Saudi
  • Perlu diambil sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum penerbangan ke Tanah Suci
  • Vaksin ini memberikan ketahanan badan selama 3 tahun

2. Vaksin Pneumococcal (Vaksin Tambahan)

  • Siapakah yang digalakkan untuk mengambil vaksin ini?
    • Bakal jemaah haji & umrah yang berusia 50 tahun ke atas
    • Mempunyai masalah kesihatan seperti asma, kencing manis, penyakit paru-paru, buah pinggang, dan endokrin
  • Jangkitan paru-paru sering terjadi di kalangan kanak-kanak dan orang tua di Tanah Suci. Vaksin ini dapat mencegah jangkitan paru-paru akut yang disebabkan oleh bakteria.
  • Vaksin ini memberikan ketahanan badan selama 5 tahun

3. Vaksin Influenza (Vaksin Tambahan)

  • Vaksin ini disarankan dan digalakkan untuk diambil sebulan sebelum penerbangan ke Tanah Suci
  • Siapakah yang digalakkan untuk mengambil vaksin ini?
    • Bakal jemaah haji & umrah yang berusia 50 tahun ke atas
    • Mempunyai masalah kesihatan seperti asma, kencing manis, penyakit paru-paru, buah pinggang, dan endokrin
  • Vaksin ini memberikan ketahanan badan selama 1 tahun

View Other Health Info

Appointment

Book an Appointment

Scheduling your visit for our Vaksinasi Haji & Umrah service has never been easier. Whether you need a routine check-up, specialized care, or a consultation with one of our experienced doctors, we’re here to help.