News & Events

Health Talk oleh Poliklinik Mediprima @ Denai Alam di Tadika Naluri Bestari

Health Talk oleh Poliklinik Mediprima @ Denai Alam di Tadika Naluri Bestari

13 Ogos 2025 – Poliklinik Mediprima @ Denai Alam dengan kerjasama pihak pengurusan, telah menganjurkan Program Health Talk di Tadika Naluri Bestari. Program ini diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar berusia 5 dan 6 tahun yang penuh semangat dan ceria.

Sesi Health Talk telah disampaikan oleh Dr. Illiya, doktor residen dari cawangan Denai Alam. Dalam sesi tersebut, Dr. Illiya turut mengadakan kuiz interaktif yang menguji pengetahuan pelajar-pelajar berdasarkan topik yang dibentangkan, menjadikan suasana lebih menyeronokkan dan bermanfaat.

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara Poliklinik Mediprima @ Denai Alam dan Tadika Naluri Bestari, malah turut menjadi platform untuk memperkenalkan rawatan serta perkhidmatan klinik kepada komuniti setempat. Dengan kepakaran doktor yang bertauliah, kami komited untuk membantu dan merawat penduduk Denai Alam dengan penuh dedikasi.

Semoga usaha ini menjadi langkah awal untuk kami terus berkhidmat demi kesihatan dan kesejahteraan penduduk Denai Alam pada masa hadapan.

Latest News & Events

Appointment

Book an Appointment

Scheduling an appointment with Poliklinik MediPrima has never been easier. Whether you need a routine check-up, specialized care, or a consultation with one of our experienced doctors, we’re here to help.