Pada 16 sehingga 18 Jun 2026, Klinik Mesra Jaya Seksyen 20 bersama kerjasama pihak pengurusan dan makmal. Kami telah berjaya melaksanakan Program Pemeriksaan Kesihatan Korporat selama tiga hari berturut-turut di Nippon Electric Glass (M) Sdn. Bhd. dan JM Ching Management Sdn. Bhd.
Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan yang professional, cekap dan berkualiti kepada sektor korporat. Sepanjang program berlangsung, kami menjalankan proses pengambilan sampel darah bagi pemeriksaan kesihatan pekerja secara sistematik, selamat dan mengikut piawaian klinikal. Kejayaan pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen serta kerjasama erat antara doktor, kakitangan klinik, pasukan makmal dan pengurusan dalam memastikan setiap urusan berjalan dengan lancar dan cekap.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nippon Electric Glass (M) Sdn. Bhd. dan JM Ching Management Sdn. Bhd. atas kepercayaan yang diberikan. Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan dengan sektor pembuatan, malah menjadi bukti komitmen Klinik Mesra Jaya Seksyen 20 dalam menyokong kesejahteraan pekerja melalui perkhidmatan kesihatan korporat yang berkualiti.