In-House Clinic Collaboration Opportunity Join Our Panel

News & Events

Our Latest Events

Here are some of activities and programs held and organized by our team.
OPEN DAY POLIKLINIK MEDIPRIMA SEPANG

OPEN DAY POLIKLINIK MEDIPRIMA SEPANG

[OPEN DAY POLIKLINIK MEDIPRIMA SEPANG 2024]

SEPANG, 9 Mac 2024 - Sempena Open Day Poliklinik Mediprima Sepang 2024, kami telah membuka Pemeriksaan Kesihatan secara percuma iaitu Pemeriksaan Darah, Pemeriksaan BMI, Bacaan Paras Gula dalam Darah dan Pemeriksaan mata di Jalan Murni 8, Sepang. Majlis ini adalah terbuka untuk semua orang awam terutamanya penduduk Sepang. Bagi tetamu yang menghadiri majlis ini dapat goodies bag yang di sponsor oleh Y.S.P. SAH dan Kotra Pharma.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ucapan daripada Dr. Anbalagan (Director Mediprima Healthcare) dan Dr. Ghirinath (Resident Dr. Poliklinik Mediprima Sepang. Selain itu, kami melanjutkan dengan Pemeriksaan Saringan Kesihatan Percuma yang dilakukan oleh anggota yang bertugas iaitu resident doktor dan juga pembantu klinik. 

Setiap anggota yang bertugas menjaga satu stesen untuk lakukan pemeriksaan darah, pemeriksaan BMI, bacaan gula dalam darah dan pemeriksaan mata untuk tetamu yang hadir.

Sepanjang majlis tersebut, kami juga melakukan cabutan bertuah untuk para tetamu yang bertuah pada majlis ini. Hadiah cabutan bertuah untuk Pemenang yang pertama dapat satu Air Fryer, Pemenang Ke-2 dapat Microwave. Manakala Pemenang Ketiga pula dapat memilikli Table Fan, Pemenang ke-4 & 5: Jug Kettle dan diikuti juga hadiah ke-6 iaitu 10 Oximeters dan setiap nama yang bertuah akan dapat memiliki satu oximeter.

Berlangsung pula majlis ini yang dirasmikan oleh Datuk V. Gunalen iaitu Ketua Penerangan MIC dan diringi oleh Mr. Hi Poh (Ketua Kampung Sepang), Dr Anbalagan dan Dr. Panimalar (Director Mediprima Healthcare) dengan memotong tiga riben dihadapan pintu klinik. Selepas pemotongan riben, Datuk V. Gunalen dan para VIP dijemput untuk melawati Poliklinik Mediprima Sepang.

Kehadiran Datuk V. Gunalen, para VIP dan juga tetamu telah memeriahkan lagi majlis Open Day Poliklinik Mediprima Sepang.

09/03/2024

More from us

Get in Touch for Any Medical Services Today!

For your easy access and convenience, head to our appointments section for enquiries and appointments. This is one of our initiative to assist you to reach us.

Book Appointment