News & Events

Program Agihan Bubur Lambuk 2026 oleh Poliklinik Mediprima

Program Agihan Bubur Lambuk 2026 oleh Poliklinik Mediprima

16 & 17 Mac 2026 – Poliklinik Mediprima telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk di beberapa cawangan iaitu Ampang, Bandar Baru Sungai Buloh, Bukit Sentosa, Cheras Traders Square, Denai Alam, Damansara Perdana, Kajang, Razak City, dan Klinik Mesra Jaya Seksyen 20.

Program ini diadakan bersempena bulan Ramadan sebagai inisiatif untuk berkongsi rezeki serta mengeratkan hubungan silaturrahim bersama komuniti setempat. Melaui program ini, kami juga berpeluang untuk memperkenalkan Poliklinik Mediprima sebagai pusat perkhidmatan kesihatan am, yang komited dalam menjaga kesejahteraan masyarakat.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penduduk dan pesakit yang sudi menerima agihan bubur lambuk ini. Tidak dilupakan juga kepada seluruh pasukan kami yang telah bekerjasama menjayakan program ini dengan penuh dedikasi dan semangat berpasukan.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat dan menceriakan suasana Ramadan untuk semua.

Latest News & Events

Appointment

Book an Appointment

Scheduling an appointment with Poliklinik MediPrima has never been easier. Whether you need a routine check-up, specialized care, or a consultation with one of our experienced doctors, we’re here to help.