Pada 17 Mei 2026, Poliklinik Mediprima telah menghimpunkan doktor-doktor dari seluruh cawangan Poliklinik Mediprima untuk menghadiri Program Pendidikan Berterusan (Continuing Medical Education, CME) yang dilanjutkan oleh AstraZaneca di Hilton Hotel, Petaling Jaya.
Program bertemakan “Protect From The Start With Early Intensification & Prevention” ini menampilkan sesi perkongsian ilmu oleh dua pakar jemputan, iaitu Dr. David Yong, Consultant Cardiologist dari Gleneagles Kuala Lumpur, serta Dr. Yuhyi Bin Sulaiman, Clinical Fellow dari Institut Jantung Negara (IJN).
Melalui program ini, para doktor berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan terkini dalam bidang perubatan dan menanyakan soalan berkenaan topik yang dibicarakan. Di samping itu, para doktor juga dapat bertukar pandangan, idea, dan pengalaman bersama doktor-doktor daripada cawangan lain. Perbincangan yang berlangsung turut memberi fokus kepada cadangan serta penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi dalam operasi harian klinik.
Penyertaan dalam program seperti ini mencerminkan komitmen Poliklinik Mediprima dalam memastikan setiap doktor memperkukuhkan ilmu dan kemahiran profesional demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada AstraZeneca atas jemputan dan penganjuran program yang bermanfaat ini.