News & Events

Pemeriksaan Kesihatan di Sr Subramaniar Kuil Jalan Sepang

Pemeriksaan Kesihatan di Sr Subramaniar Kuil Jalan Sepang

Pada 1 April 2026, Poliklinik Mediprima Sepang telah menerima jemputan daripada komuniti di Kuil Sri Subramaniar, Sepang untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma bagi kali kedua. Jemputan ini amat bermakna buat kami kerana sekali lagi diberi peluang untuk menyantuni serta membantu penduduk setempat yang berada berhampiran dengan cawangan klinik kami.

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama pihak pengurusan dan pasukan klinik, dan berlangsung dengan lancar serta teratur.

Sepanjang program berlangsung, beberapa pemeriksaan kesihatan telah dijalankan, termasuk ujian paras gula dalam darah, tekanan darah, dan kadar nadi. Inisiatif ini membolehkan kami menilai tahap kesihatan penduduk setempat, sama ada berada dalam keadaan sihat atau memerlukan pemantauan serta penjagaan kesihatan yang lebih lanjut.

Melalui penyediaan akses pemeriksaan kesihatan yang mudah, kami berharap dapat membantu orang ramai mengenal pasti sebarang masalah kesihatan pada peringkat awal serta mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Kami berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan seterusnya menggalakkan lebih ramai individu untuk lebih peka terhadap penjagaan kesihatan diri.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Kuil Sri Subramaniar serta pasukan Poliklinik Mediprima Sepang atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini dengan jayanya.

Latest News & Events

Appointment

Book an Appointment

Scheduling an appointment with Poliklinik MediPrima has never been easier. Whether you need a routine check-up, specialized care, or a consultation with one of our experienced doctors, we’re here to help.