News & Events

Pemenang Coloring Contest Sempena Kemerdekaan yang ke-68

Pemenang Coloring Contest Sempena Kemerdekaan yang ke-68

Jom Sambut Merdeka ke-68 dengan Penuh Warna! 🎨✨

Poliklinik Mediprima dengan sukacitanya menjemput kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun untuk menyertai Coloring Contest Sempena Kemerdekaan ke-68.

🗓 Tarikh penyertaan: 13 Ogos – 23 Ogos 2025
🏆 Pengumuman pemenang: 25 Ogos 2025
🎁 Hadiah menarik menanti untuk tempat pertama, kedua dan ketiga!

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat memupuk kreativiti dan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.

📍 Krayon dan template kertas mewarna boleh didapati di klinik yang tertera.

  • Poliklinik Mediprima @ Seri Kembangan
  • Poliklinik Mediprima @ Denai Alam
  • Poliklinik Mediprima @ Bandar Baru Selayang
  • Poliklinik Mediprima @ Cheras
  • Poliklinik Mediprima @ TTDI
  • Poliklinik Mediprima @ Taman Samudera
  • Poliklinik dan Pembedahan Bandar
  • Poliklinik Mediprima @ Bukit Sentosa
  • Poliklinik Mediprima @ Sepang
  • Poliklinik Mediprima @ Gombak Batu 8
  • Poliklinik Mediprima @ Razak City
  • Poliklinik Mediprima @ Ampang
  • Klinik Mesra Jaya Seksyen 20

 

*Kertas mewarna perlu diserahkan di klinik yang anda telah mendaftar selewatnya 23 Ogos 2025.*

Mari bersama-sama kita warnai Merdeka ke-68 dengan penuh semangat dan keceriaan! ❤️🤍💛💙

Penghargaan kepada Peserta dan Pemenang Coloring Contest Sempena Kemerdekaan ke-68.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, Poliklinik Mediprima bersama Poliklinik & Pembedahan Bandar serta Klinik Mesra Jaya Seksyen 20 dengan sokongan pihak pengurusan telah menganjurkan pertandingan  Coloring Contest yang melibatkan penyertaan anak-anak daripada komuniti setempat.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada para peserta yang telah mengambil bahagian. Kreativiti dan semangat yang ditunjukkan dalam setiap hasil karya amat membanggakan, sekaligus menyerikan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Pertandingan ini bukan sahaja memberi peluang kepada anak-anak untuk menonjolkan bakat seni, malah menjadi platform penting dalam:

  • Mengeratkan hubungan antara doktor residen dan komuniti setempat.
  • Memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.
  • Memberi pengalaman yang bermakna kepada keluarga untuk bersama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan.

 

Poliklinik Mediprima, Poliklinik & Pembedahan Bandar, serta Klinik Mesra Jaya Seksyen 20 komited untuk terus mendukung aktiviti berbentuk pendidikan, kesihatan dan komuniti. Semoga pertandingan ini menjadi salah satu langkah kecil ke arah membina masyarakat yang lebih sihat, bersatu padu, dan penuh semangat patriotisme.

#merdeka68 #coloringcontest #poliklinikmediprima #kamianakmalaysia

Latest News & Events

Appointment

Book an Appointment

Scheduling an appointment with Poliklinik MediPrima has never been easier. Whether you need a routine check-up, specialized care, or a consultation with one of our experienced doctors, we’re here to help.