Pada 23 Ogos 2025, Poliklinik Mediprima @ Taman Samudera dengan kerjasama pihak pengurusan telah menganjurkan Program Hari Kesihatan Komuniti yang bertempat di TF Value Mart Batu Caves, berdekatan dengan klinik kami.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar Batu Caves serta pesakit tetap kami yang hadir untuk menjalani saringan kesihatan percuma.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk:
- Pemeriksaan kesihatan percuma
- Program kesihatan percuma di bawah PERKESO HSP
- Skim Peduli Kesihatan di bawah PEKA B40
Selain memberikan pemeriksaan kesihatan percuma, program ini turut membantu penduduk Batu Caves memantau tahap kesihatan mereka. Ia juga menjadi ruang bagi doktor residen kami untuk mengetahui kondisi kesihatan komuniti setempat serta mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk. Poliklinik Mediprima @ Taman Samudera sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada komuniti.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TF Value Mart kerana memberi peluang kepada Poliklinik Mediprima @ Taman Samudera untuk menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma ini.