News & Events

Program Pemeriksaan Kesihatan di Kejuruteraan Yun Loong Sdn. Bhd.

Program Pemeriksaan Kesihatan di Kejuruteraan Yun Loong Sdn. Bhd.

Sebagai komitmen dalam menyokong budaya kerja yang sihat dan produktif, Kejuruteraan Yun Loong Sdn. Bhd. dengan kerjasama Mediprima Healthcare (M) Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan Asas Korporat untuk para pekerjanya. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan amalan saringan kesihatan secara berkala.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pemeriksaan kesihatan asas bagi membantu pekerja mengenal pasti tahap kesihatan semasa mereka. Selain itu, sesi semakan kelayakan PERKESO turut diadakan bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai manfaat dan perlindungan yang boleh dimanfaatkan oleh pekerja sekiranya berdepan masalah kesihatan atau kecederaan yang berkaitan.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pekerja dan diharapkan dapat menjadi langkah awal ke arah pembentukan persekitaran kerja yang lebih sihat dan sejahtera. Mediprima Healthcare merakamkan penghargaan kepada Kejuruteraan Yun Loong Sdn. Bhd. atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan, serta berharap lebih banyak kolaborasi seperti ini dapat diwujudkan pada masa akan datang.

Latest News & Events

Appointment

Book an Appointment

Scheduling an appointment with Poliklinik MediPrima has never been easier. Whether you need a routine check-up, specialized care, or a consultation with one of our experienced doctors, we’re here to help.