News & Events

Program Saringan Kesihatan Pekerja di Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Program Saringan Kesihatan Pekerja di Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Mediprima Healthcare (M) Sdn. Bhd. telah berpeluang mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan Korporat di Ingress Technologies Sdn. Bhd. sebagai daripada usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penagaan kesihatan dalam kalangan warga kerja. Program ini memberi tumpuan kepada pemeriksaan kesihatan asas yang merangkumi penilaian tahap kesihatan semasa para pekerja. Saringan pemeriksaan ini dibantu oleh pembantu klinik dari Poliklinik Mediprima Bukit Sentosa. Dengan kepakaran mereka, proses pemeriksaan dilakukan dengan baik dan berjalan lancar.

Selain itu, pihak kami turut menjalankan penilaian kelayakan PERKESO bagi membantu para pekerja mengenal pasti manfaat dan perlindungan yang boleh diperoleh berdasarkan status kesihatan mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan pengesanan awal masalah kesihatan serta memastikan kebajikan pekkerja sentiasa terpelihara.

Pihak Mediprima Healthcare merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ingress Technologies Sdn. Bhd. atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Diharapkan kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, produktif dan sejahtera.

Latest News & Events

Appointment

Book an Appointment

Scheduling an appointment with Poliklinik MediPrima has never been easier. Whether you need a routine check-up, specialized care, or a consultation with one of our experienced doctors, we’re here to help.